Tahun 2008 menyaksikan kebangkitan keusahawanan sosial serentak di seluruh Malaysia melalui pembentukan 'kelab-kelab usahawan sosial' melalui sokongan Pusat-Pusat Internet Desa (pPID) yang berjumlah 40 buah setakat ini. Melalui inisiatif ini, PID-PID ini dan komuniti yang disokongnya akan secara tidak langsung bergerak mirip kepada kebanyakan 'telecentre' di serata dunia yang mampu beroperasi dengan sendirinya dan terus lebih berkembang maju serta boleh membawa pembangunan yang progresif terhadap komunitinya.
Justeru, Pusat Internet Desa Balik Pulau (PID-BP) yakni satu-satunya PID di Pulau Pinang (tidak termasuk sebuah lagi dalam negeri Pulau Pinang di Tasek Gelugor, Seberang Perai) tidak ketinggalan dalam mewujudkan kelab tersebut khususnya untuk menyokong komuniti Daerah Barat Daya Pulau Pinang, satu daripada lima buah daerah pentadbiran di negeri Pulau Pinang, atau daripada dua di Pulau Pinang selain Daerah Timur Laut (Georgetown dan sebagainya).
Secara rasminya, kelab yang dinamakan Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (KUS-BP) ataupun 'Social Entrepreneurs Club (SEC-BP)', bermula dengan penubuhan jawatakuasa protem pada bulan Ogos 2008, yang dipengerusikan oleh Saudara Yuhezri dan dibantu oleh sembilan lagi ahli-ahli jawatakuasa.